Idea Kreatif


Konvokesyen ( I )

Potret Pengantin (Zali & Yatie)

Cover Cerpen "HIJRAH" by Zia Dahlan



Sinopsis:

Sejauh mana pun perjalanan yang akan ditempuh, semua nya bermula dengan langkah pertama. Begitu juga dengan hijrah, peghijrahan untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik perlulah bermula dengan langkah pertama iaitu niat. Niat yang ikhlas pastinya akan dibantu oleh Allah S.W.T. Dan niat yang baik dijanjikan pahala oleh Allah yang Maha Kaya walaupun perbuatan itu belum lagi sempurna diperlakukan. Seterusnya perlulah berusaha bersungguh-sungguh, tanpa mengenal jemu dan putus asa. Tetapi perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Niat yang baik jangan diiringii oleh usaha-usaha yang bercanggah dengan hukum syarak. Perlulah diiringi niat hijrah itu dengan doa. Sesungguhnya Allah menyuruh hambaNya tunduk dan memohon dariNya, sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah akan menguji hamba-hamba yang disayangiNya. Tetapi ingatlah Allah tidak akan menurunkan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya. Percaya dan yakinlah setiap suruhan dan larangan Allah itu ada hikmahnya dan sememangnya baik untuk manusia. Didalam buku ini ada menceritakan mengenai hukum-hukum Allah dan kebaikannya dari aspek sains dan kesihatan, termasuklah kelebihan bertudung.