KISAH LELAKI DAN DUNIA MASAKAN


  1. Melalui survey yang pernah dijalankan, memasak nasi merupakan hidangan paling ringkas namun paling mencabar bagi para lelaki. Tidak semua lelaki mampu melakukannya. Wanita pun sama.
  2. Bagi lelaki yang rajin memasak di dapur, didapati kebiasaannya dapur gas yang digunakan akan cepat habis berbanding digunakan oleh wanita. Ini kerana menjadi lumrah apabila lelaki beraksi di dapur, menggunakan api yang kuat dapat menjimatkan masa dan tenaga.
  3. kajian oleh syarikat makanan purasia menunjukkan 48% reponden percaya individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya, Manakala 23% lelaki berusia 18 tahun hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat wanita.
  4. Menghiris bawang dan mengemas dapur selepas memasak merupakan dua aktiviti paling tidak digemari oleh kaum lelaki ketika sebelum dan selepas masak.
  5. Amat jarang sekali kaum lelaki memakai apron ketika memasak di dapur. Dan jika ada, kebanyakan lelaki menggunakan apron tersebut sebagai kain buruk untuk mengelap tangan dan mencuci kotoran di sekitar dapur gas.
  6. Biasanya, lelaki jarang sekali merungut sekiranya masakan itu di masak oleh seorang lelaki, tetapi pastinya akan mengkritik jika makanan itu dimasak oleh wanita.
  7. Dari kajian yang dilakukan, 45% lelaki beranggapan lelaki yang handal memasak "tidak cool" dan 15% pula beranggapan golongan ini terdiri dari "lelaki lembut".
  8. Menurut servey, lebih 60% wanita seluruh dunia beranggapan lelaki yang mahir memasak adalah seksi dan mampu menarik minat wanita terhadap mereka.

1 comment:

  1. 1 - pass kalo pkai rice cooker.. hekhek~
    2 - sy suke wat mcm 2.. cpt cket ciap msk..
    3 - anda tergolong dlm yg mne? hehe..
    4 - sy suka sbb sy bkn lelaki..
    5 - gurl pun xpakai apron gak.. adeh leceh la..
    6 - lelaki mmg mcm 2.. mcm la die pndai sgt msk..
    7 - sy suka lelaki pndai msk~ cool~
    8 - mereka x seksi tp mereka blh hulurkn tgn ble kte perlukan pertolongan~ haha~

    ReplyDelete